Kelas SLS Mahir Jahit –Pembuatan Uncang
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah Program SLS Mahir Jahit – Pembuatan Uncang telah berjaya dianjurkan oleh NADI Pekan Kubu Gajah pada 22 April 2026 sebagai salah satu usaha memperkasa kemahiran jahitan dalam kalangan komuniti setempat.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik asas jahitan serta langkah-langkah menghasilkan uncang dengan kemas dan kreatif. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan penggunaan peralatan jahitan, pemilihan kain yang sesuai serta kaedah menjahit yang betul bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk minat dan kreativiti peserta dalam bidang jahitan, di samping membuka peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui kemahiran yang dipelajari. Diharapkan program ini dapat melahirkan individu yang berkemahiran, berdikari serta mampu mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: